3 Jun 2009

JAWAPAN PERMOHONAN AKU..HEHEHE

Saudara,

JAWATAN SEBAGAI KEKASIH SETIA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara seperti yang tersebut di atas.

2) Adalah dimaklumkan bahawa dengan ini saudara telahpun diterima untuk menjawat jawatan di atas.

3)Saya telah mendapat nasihat keluarga, rakan-rakan dan doktor peribadi saya, dan mereka juga telah bersetuju bahawa saudara benar-benar layak untuk menjawat jawatan di atas. Dengan satu syarat : saudara berjanji untuk makan ubat dan sembuh cepat dari penyakit angau saudara itu.

4)Sehubungan itu saya juga dengan ini ingin memaklumkan bahawa dengan rasminya saya menaikkan pangkat saudara, sebangai KEKASIH SEJATI MERANGKAP SUAMI & AYAH KEPADA ANAK2 SAYA NANTI berkuat kuasa serta merta. Tapi salam tok kadi dulu ok. Saya harap agar janji saudara untuk menjadi seorang yang romantis, setia, tabah, tidak suka merajuk dan selalu membeli bunga itu akan terus saudara pegang walaupun selepas menjawat jawatan baru yang telah saya tawarkan.

Sekian,

Yang Juga Jatuh Cinta Padamu,

______ya___________

""... riNdU Ku Telah Lama T'ciPtA uNtuKmU...""

No comments: