Saudari,
MEMOHON MENJAWAT JAWATAN SEBAGAI KEKASIH SETIA
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara seperti yang tersebut di atas.
2) Adalah dimaklumkan bahawa saya adalah salah seorang peminat saudari yang jelitawan lagi budiman, dan saya sudah sekian lama memendam perasaan kasih dan cinta terhadap saudari.
3)Saya telah mendapat nasihat rakan-rakan sepejabat dan doktor peribadi saya dan disahkan sedang menghidapi penyakit angau yang keterlaluan terhadap saudari.
4)Sehubungan itu saya memohon jasa baik saudari agar menimbang permohonan saya untuk menjawat jawatan sebagai kekasih sejati saudari. Saya berjanji akan menjadi seorang kekasih yang romantis, setia, tabah, tidak suka merajuk dan selalu membeli bunga untuk saudari.
5) Perhatian saudari berhubung permohonan ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih dan Aku cinta padamu.
Sekian,
Yang Jatuh Cinta Padamu,
______achair____________
""... riNdU Ku T'ciPtA uNtuKmU...""
Barkah Month
12 years ago
No comments:
Post a Comment