28 Jun 2010

NASI KANDAR BERATUR & LINE CLEAR

Ha!!! Apa korang fikir bila baca tajuk tu ha? jgn fikir bukan2..aku bukan nak citer pasal apa2..aku just nak citer pasal Nasi Kandar Line Clear Penang.


Baru2 ni aku berkesempatan ke Pulau Mutiara atas urusan kerja.Jadi tidak punya masa yg banyak untuk meronda2..Kami (aku n Mr F) tiba agak lewat (4pg hari Jumaat, bertolak lepas kerja khamis ptg) setelah singgah dibeberapa tempat (kampung dan R&R)..hari jumaat itu aku agak bz menguruskan check in group family day itu. Jadi tak punye masa nak meronda. mlm baru agak free. aku curi masa ke kota george. konon2 nak cari maybank..last2 smp ke komtar baru jumpa..all the way from Feringhi aku x nampak Maybank..mungkin terlepas pandang. Ronda punyer ronda, Mr F bwk aku tgk office lama nyer di sana (Telekom), tiba2 ter"lalu" lak kat depan nasi kandar beratur. Aku ada mention about this kat Mr F. konon2 nak try la..we all pusing2 kali tak de parking..ramai sungguh + org beratur smp ke bahu jln..tak sanggup dh aku sbb mata pun dh berat..

**Tu dia..beratur smp ke bahu jln..sedap sgt ke?

so we all balik ke hotel je lepas tapau chicken tandoori n naan garlic cheese. tak kesampaian la nak mkn kat nasi kandar beratur..smlm (ahad) sblm berangkat pulang, aku n Mr F telah ke Georgetown sekali lagi untuk membeli jeruk2 kiriman keluarga. Ronda punyer ronda ter"lalu" lak kat Nasi kandar line clear..wah..kali ni taknak lepaskan peluang..nampak dh org beratur panjang..tp tak kira..nak jugak try, even ada kwn aku kata, kedai tu kotor + byk tikus..tak experience tak tau kan..so lepas pusing 8 kali, baru jumpa parking (dh la byk 1 way, leceh tul), then we all g borong segala jenis jeruk. jeruk pala, jeruk salak, jeruk mangga, jeruk amra, jeruk campur dan entah mcm2 jenis jeruk lagi, we pun bergegas ke Line Clear. Mujur org tak x ramai..takde la beratur lama..Aku ambik nasi kuah kari campur + ulam timun + ayam goreng.


Mr F lak ambik nasi kuah kari campur + bendi rebus + udang kari (besar gak) 2 ekor.



air sirap limau n nescafe ais. Total semua ialah RM27.40 sen. Murah ke mahal tu? Mr F terkejut bila tau sepinggan nasi dia berlaukkan udang itu berharga RM19..heheheh..aku kata jgn merungut. Aku belanja kan. Itu rezeki namanya, nak merasa makan udang besar..rezeki baby, rezeki ayah jugak (sbb aku baru lepas dpt duit gaji keje part time kat Penang tu)..Apa yg buat aku kecewa, bukanlah sbb harganya. Aku tak kisah pun dgn harga tu sbb it is worth with udang yg mmg besar (aku rasa udang tu sikit je sbb time preggie ni, seafood tak bape boleh nak telan) tp sbb the taste..td aku google mcm2 jenis blog and website yg mostly give good review about this nasi kandar place. tp kenapa for me, TAK SEDAP LANGSUNG..aku terfikir gak. mungkin sbb aku tgh mcm ni, tekak aku takleh layan nasi kandar. But Mr F pun cakap yg sama (TAK SEDAP)..huhu..aku rasa kari tu tawar semacam, dan ayam tu marinated biasa je (kedai mamak KL pun byk yg ayam goreng lg sedap)..hurm..sangat mengecewakan..we all telan pun sbb lapar tp masing2 makan tak abis (walaupun ambik nasi separuh..suasana kedai jgn cakap la..Masyaallah..sila experience dulu baru tau..aku ni bukan la jenis high end type pun..tp aduh, aku tak leh tahan la kalau kotor sgt cam gitu..especially ruang sinkynyer..oh tidak...aku n Mr F dh black list la kedai ni..lepas ni insyaallah tak makan situ lagi..heheheh..


Nota kaki : Kepada peminat Nasi Kandar Line Clear, sila jgn marah, kerana ini adalah pendapat peribadi aku and lain org lain tekak okeh..selamat menjamu selera..

2 comments:

~ thalhazlin ~ said...

hum. memang cam tu la dear. tempat femes ni tak semestinya sodap. orang pegi sebab nak cuba je. kite pun selalu gak terkene. hee.

IRYANI ALIAS said...

thalhazlin> ye la..betul cakap u tu..i lah salah sorang yg dh terkena..hahahah..nyesal! huhu..