11 Sep 2009

AKTIVITI DI BULAN RAMADHAN


Wah..dh lebih 10 hari aku tinggalkan dunia blogging ni ek..tak tau nak cakap apa la..bz sgt2..hari ni baru sempat nak jenguk dan update apa yg patut..org kata bulan ramadhan ni relax skit keje, tp aku tak..makin bz..pg mcm biasa masuk keje kul 8.30, balik awal skit pukul 4.30..balik terus masak (kalau tak buke kat luar) then mlm lepas buke aku sure dh ngantuk giler..zzzzzz...tido awal..takpun aku menyiapkan projek raya ku..apa dia??? jahit manik kt baju raya..hahahah..reti ke? em..tak reti sebenarnya, tp nak jugak buat..hentam je la..janji aku puas hati dpt buat (sepah ke, tak kemas ke, aku tak pedulik)..hahahahah..tak siap lg, ni baru 70% kot..harap2 sempat siap sblm raya..masa membataskan aku utk siapkan dgn lebih pantas sbb 2 minggu lg nak raya ni, aktiviti makin banyak terarah kepada aktiviti mengabiskan duit iaitu shopping..hehehhe.. jom layan gambar2nyer..

No comments: