28 Sep 2010

AIDILFITRI 2010

Sedikit update tentang hari raya tahun ini..walaupun dh basi sbb raya dh masuk hari keberapa syawal entah, tp mcm biasalah..aku mmg akan jd org terakhir mengupdate berita..ampunkan aku kerana kesibukan melampau (padahal bukan keje pun - at the moment la)..hehehhe..

Raya tahun ni agak berbeza..tak beza byk pun..cuma thn lepas raya sbg org bujang, thn ni isteri org..tahun lepas raya sakan umah mak aku je, thn ni raya dua rumah..yg bestnyer, kg aku n Mr F kan dekat sgt2 (15-20 minite perjalanan kalau drive secara berhemat like Mr F)..aku dah balik kg sejak rabu (29 ramadhan)..rabu tu tgh hari aku dh berangkat balik kg..smp agak lewat sbb ada persinggahan dan kete lak buat hal (temprature naik, actually meter digital dia yg agak kacau bilau kot, bukan tempreature problem, sbb esoknyer dh ok plak)..sampai2 je terus berbuka (rumah in law)..smpt la aku singgah bazar ramadhan tapau air kelapa lemon and kuih...mlm tu tido umah in law..esok pg2 mak aku dh call mintak tlg bwk dia g pasar utk beli barang..bergegas lah we all ke rumah mak aku lak..settle bwk mak aku ke pasar, balik ke rumah in law semula..lepas tolong apa patut, prepare utk masak ketupat n rendang, ptg tu sebelum berbuka, we all balik ke rumah mak aku lak..berbuka beramai2 sbb masa tu sume adik beradik aku dh ada..meriah...berat gak hati sbb in law aku tinggal bertiga kat rumah (MIL, FIL and Tok)..adik beradik Mr F 3 org beraya umah in law masing2 dulu and sorang lg x cuti raya..tp nak wat camner..sbb dh set giliran mcm tu..tp mak aku janji, raya pertama akan ke rumah in law aku utk beraya..g ramai2..

Mlm raya tu menu utk org datang takbir raya (mcm biasa la, aku la yg buat kan dgn bantuan adik beradik n ipar2) roti sardin gulung, roti sosej gulung, buah2 an dan air..simple2 je..buat mcm2 pun they all bukan mkn byk, sbb byk rumah they all g bertakbir..

Esoknyer, pg2 raya, sibuk kat dapur siapkan juadah..tp tak lupa siapkan baju raya utk Mr F ke masjid..balik dr masjid, sessi bermaafan n sessi kena pow duit raya..anak buah aku ada 12 semuanya..huhu..ramai kan..thn depan insyaallah tambah lagi 2 org (anak aku le tu n SIL yg no 2)..

Lepas sessi bergambar, we all proceed menziarahi rumah saudara mara terdekat..rumah2 wajib yg tiap2 thn mesti visit on 1st raya..tp thn ni ada tambahan 1 lg rumah iaitu rumah in law aku..

Smp ke petang we all beraya (mmg tiap2 thn mcm ni) maknanyer 1st raya, org takleh dtg umah mak aku sbb we all sume kuar beraya..kalau nak dtg mlm or raya kedua je ek..hehehhe

hurm..utk hari2 raya seterusnya, akan di update in next entry ok..tak larat nak taip dah..







No comments: