18 Mar 2011
CAKE CHOCOLATE BANANA
Bila dah masak excited lak aku nak rasa..tiba2 mak aku kata, org dalam pantang xleh mkn pisang..haiyo!
12 Nov 2010
HOBI YANG SEIRING DENGAN NAFSU
Dulu aku suka kumpul resepi2 dari majalah (sampai koleksi kakak aku pun aku ambik! pinjam, tp blm pulangkan lg..huhu)..tp skrg teknologi dah canggihkan..sekali klik je mcm2 resepi boleh jumpa..selalunyer kalau nak masak benda yang tak pernah masak tu, aku google je..mudah kan! tambahan pulak hadiah2 kawin aku kebanyakannyer berkisar kepada hobi memasak..aku dpt hadiah oven, microwave, periuk2, kuali etc..so makin mudah la keje aku..
Sejak preggie ni, aku ttp dgn hobi memasak aku..mencuba apa2 je yg aku rasa nak makan..sejak preggie aku takde lah pulak penyakit mengidam itu ini..tp kadang2 ada la teringin nak mkn sesuatu..aku ni jenis, kalau ternampak org jual kuih ke makanan ke, mula la teringin..tp selalunyer aku tak beli..aku akan try buat kat rumah..sedap ke tak no 2, yang penting aku cuba..betul tak..selalunyer time weekend la aku buat kuih2 or apa2 yg aku teringin nak mkn..sbb ada byk masa kan..aritu aku ada tgk kat blog + muka buku cousin aku, dia buat 3 layer puding aka triffle..actually my SIL (kak tie) selalu je buat benda ni..tp aku tak pernah teringin nak makan.tah kenapa time preggie ni lak teringin nak mkn..nak suruh cousin aku tu masak, dia dok nun jauh di TGG..huhu..jadi last weekend aku pun try n error la buat benda alah tu..malas nak g cari bahan punyer pasal, aku hentam je guna apa yg ada kat rumah..pastu aku ada gak google resepi yg sama..so mix n match..sebabkan bahan tak bape nak cukup, so tak bape nak jai sedap..huhu..akhirnya, aku makan sikit, Mr F rasa sikittttttt, selebihnya ke tong sampah..hahahha...
Kebetulan hari ni aku nak balik kg sbb esok ada kenduri aqiqah anak SIL aku yg baru lahir last month..so aku pun plan nak buat triffle ni sekali lagi..kali ni betul2 punyer ikut resepi..hehhehe..denagn semangat berkobar g beli bahan..aku buat 2 bekas besar (utk bwk balik kg) dan 2 gelas utk try makan (kot2 sedap ke tak kan, haruslah tuannyer rasa dulu)..
Inilah hasilnyer..
**Abaikan gelas yg comot kerana main hentam masukkan puding sbb senduk agak besar..heheh..
Ada mcm2 version..ada yg letak swissroll dulu..tp aku buat letak buah dulu..ni cara aku ambik dr satu blog..sbb bila dah keras nnt, kita boleh keluarkan dan barulah dipotong..mlm td lepas siap je aku terus masukkan dlm fridge..sejuk je, aku terus try (yg aku buat extra dlm gelas utk dirasa)..hurm..boleh tahan la jugak..part aku paling suka yg layer kek + coklat rich tu..ayo! boleh naik kencing manis macam ni..huhu..Mr F pun rasa jugak..tapi tak ingat apa review dia smlm..Sedap tak sayang?
Nak tau cara2 nak buat? (pada yg nak tau la, sbb aku tau dh ramai yg tau buat triffle ni, aku je yg ketinggalan..huhu)..
Mula2 susun buah peach kat dlm bekas (tak kisah nak letak mcm mana or bekas apa, kalau dlm gelas berkaki pasti lebih cantik)..boleh jugak gunakan mix fruit cocktail atau nenas etc..ikut selera masing2..syrup buah td jgn buang..
Kemudian, masak agar2 clear..(air + serbuk agar2 clear + gula)..aku tambah sedikit warna merah utk bg nampak meriah..tambahkan sikit syrup buah dlm tin td (jika suka)..Dah masak, tuangkan dlm bekas yg dh disusun dgn buah td..biarkan smp keras sikit..
Sambil tgg 1st layer keras, boleh lah masak 2nd layer iaitu puding kastard..aku guna susu cair, tepung kastard, gula dan sedikit perasa jagung (jika suka)..kacau dgn api perlahan utk elak hangit..then tuang atas 1st layer, tp pastikan 1st layer tu dh keras skit..
Sambil tgg 2nd layer keras lak (2nd layer tak ambik masa lama utk keras), bolehlah masak 3rd layer..susu cair + coco powder (bancuh dulu dgn air agar tak berketul), gula, serbuk agar2 (bancuh jugak dgn air)..masak atas api perlahan..masukkan sedikit butter utk bg nampak cantik dan berkilat..masak smp sedikit pekat (aku tambah sedikit tepung jagung utk buat dia lebih pekat)..then tuang atas 2nd layer yg dh keras sikit..jangan habiskan..simpan utk lapisan terakhir..
Then susun lah swiss roll..basahkan swiss roll sikit dgn lebihan syrup buah dlm tin td..swiss roll ada byk perisa..pandan, coklat, etc..aku guna strawberry yg Mr F belikan kat pasar malam..saiznyer kecik sedikit..tp rasanyer sangat sedap sbb homemade dan tanpa pengawet..lupa lak, nak susun swiss roll pun kena tgg lapisan coklat rich tu agak keras sedikit..
Akhir sekali tuangkan baki coklat rich tu kat celah2 swiss roll...Sejukkan dalam peti sejuk sblm dimakan..
Selamat mencuba!
17 Oct 2010
WEEKEND ACTIVITY - APPLE CRUMBLE
16 Aug 2010
BILA TANG NAK BUKA PUASA
14 Jul 2010
SPRING ROLL
**Gambar sekadar hiasa dr Mr Google
28 Jun 2010
NASI KANDAR BERATUR & LINE CLEAR
so we all balik ke hotel je lepas tapau chicken tandoori n naan garlic cheese. tak kesampaian la nak mkn kat nasi kandar beratur..smlm (ahad) sblm berangkat pulang, aku n Mr F telah ke Georgetown sekali lagi untuk membeli jeruk2 kiriman keluarga. Ronda punyer ronda ter"lalu" lak kat Nasi kandar line clear..wah..kali ni taknak lepaskan peluang..nampak dh org beratur panjang..tp tak kira..nak jugak try, even ada kwn aku kata, kedai tu kotor + byk tikus..tak experience tak tau kan..so lepas pusing 8 kali, baru jumpa parking (dh la byk 1 way, leceh tul), then we all g borong segala jenis jeruk. jeruk pala, jeruk salak, jeruk mangga, jeruk amra, jeruk campur dan entah mcm2 jenis jeruk lagi, we pun bergegas ke Line Clear. Mujur org tak x ramai..takde la beratur lama..Aku ambik nasi kuah kari campur + ulam timun + ayam goreng.
Mr F lak ambik nasi kuah kari campur + bendi rebus + udang kari (besar gak) 2 ekor.
air sirap limau n nescafe ais. Total semua ialah RM27.40 sen. Murah ke mahal tu? Mr F terkejut bila tau sepinggan nasi dia berlaukkan udang itu berharga RM19..heheheh..aku kata jgn merungut. Aku belanja kan. Itu rezeki namanya, nak merasa makan udang besar..rezeki baby, rezeki ayah jugak (sbb aku baru lepas dpt duit gaji keje part time kat Penang tu)..Apa yg buat aku kecewa, bukanlah sbb harganya. Aku tak kisah pun dgn harga tu sbb it is worth with udang yg mmg besar (aku rasa udang tu sikit je sbb time preggie ni, seafood tak bape boleh nak telan) tp sbb the taste..td aku google mcm2 jenis blog and website yg mostly give good review about this nasi kandar place. tp kenapa for me, TAK SEDAP LANGSUNG..aku terfikir gak. mungkin sbb aku tgh mcm ni, tekak aku takleh layan nasi kandar. But Mr F pun cakap yg sama (TAK SEDAP)..huhu..aku rasa kari tu tawar semacam, dan ayam tu marinated biasa je (kedai mamak KL pun byk yg ayam goreng lg sedap)..hurm..sangat mengecewakan..we all telan pun sbb lapar tp masing2 makan tak abis (walaupun ambik nasi separuh..suasana kedai jgn cakap la..Masyaallah..sila experience dulu baru tau..aku ni bukan la jenis high end type pun..tp aduh, aku tak leh tahan la kalau kotor sgt cam gitu..especially ruang sinkynyer..oh tidak...aku n Mr F dh black list la kedai ni..lepas ni insyaallah tak makan situ lagi..heheheh..
24 Jun 2010
MAKAN UNTUK BABY
Hari ni konon2nyer nak try la makan nasik..tp bila pk2 balik, aku tak jd nak mkn nasik..sbb ingat nasik kat kedai je, aku dh meloya..adoi..mcm mana tu..even mkn nasik kat rumah pun, aku akan mkn dlm kuantiti yg amat sedikit..itupun sbg alas perut..pernah aku tak breakfast pun sbb takde benda leh telan except fo drinks (yg x bersusu je)..kesian kat baby aku..Td aku ajak adik aku temankan aku lunch..so dia suggest mkn kat Ani Sup Utara (just nearby my office)..Aku pun orderlah soto ayam dan air bandung cincau..
**Gambar dr Google
15 Jun 2010
KURMA
KURMA
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
FAKTA MENARIK TENTANG KURMA :
KESIHATAN
a. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis
Berdasarkan kajian Prof Madya Asiah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001)
b. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan
Prof Madya Asiah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
c. Membunuh Kuman Dalam Badan
Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.
KECERDASAN & KECERGASAN
a.Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbersaran
Menurut Prof Madya Asiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
b.Tenaga Segera
Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26.
“Dan goyanglah pangkal pohon kurma tu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.”
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam(Mary) memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa (Jesus Christ) a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.
KEPERIBADIAN
a. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
“Melentur buluh biar dari rebungnya.” Ini tidak bermaksud kita hanya akan mendidik anak kita semasa mereka masih kecil tetapi Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadis ini dalam majalah Mingguan Wanita.
KEBERKATAN
a. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.” Inilah yang dinamakan Tahnik atau meletakkan manisan pada mulut bayi.
b. Makanan Yang Paling Sempurna
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”
Dengan sebab itulah Prof Madya Asiah menyatakan lagi ” pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian.”
Sumber : Blog Usahawan HPA
9 Jun 2010
CREAM PUFF
2 Nov 2009
SELERA PANTAI TIMUR
16 Oct 2009
SELAMAT PENGANTIN BARU SIL
3 Aug 2009
MY WEDDING CAKE
**Gambar pinjam dr here
Em..tapi kalau dpt mix fruit meringue, best gak ek..buleh ke buat wedding cake..tp confirm sedap..heheheh..
**Mix fruit meringue @Alexis
DOOR GIFT
Dulu2 kalau g wedding sure dpt bunga telur (atau apa2 yg berkaitan dgn telur)..Pendek kata, wajib ada telur lah..Tapi skrg dh tak lg, org dh start bg coklat, sapu tangan, sudu+garfu (mak aku tak berkenan betul bg benda ni..heheh) san macam2 lg lah..during tri ke Jakarta dgn my cousin aritu, we all ada survey a few item yg sesuai di jadikan door gift..Tapi until now aku tak dpt decide apa aku nak kasi..Em, coklat ke, telur ke, sapu tangan ke, cookies ke..yg penting simple, cute, berguna and of course vouge (ada kaitan ke..hehehe)..Em, kalau bg fancy cookies ok tak? Tapi mana nak cari cookies yg cute2 mcm kat atas tu ek..Kalau kat malaysia la, aku dh lama order, tp ini kat Indonesia, bleh ke order? How? Mcm complicated je..Sbb cookies kan fragile..
2 Jun 2009
MAD ABOUT CUPCAKES
Di sebabkan tengahari td aku tak lunch (konon2nyer kenyang), so mata aku ni jadi rambang lah bila tgk makanan (dh mmg aku ni jenis nafsu di mata je..mkn nyer tidak..hehehe)..masa aku g kedai jual barang2 kek td, aku teringin pulak nak mkn cupcake kat kedai tu..nampak mcm sedap..aku pun beli la..aku beli 2 cupcakes : Skippy Wonder & Berry Bomb..em, not bad..salah satu tu ada peanut butter kat atasnyer..sejak dari hari engagament aku 2 may yg lepas, aku dh jarang visit blog2 cupcakes kecuali boxhousestudio and a few yang lain..aku mmg suka cuci2 mata tgk cupcakes yg comel2..huhu..
18 May 2009
THAI FOOD VS MALAYSIAN FOOD
6 May 2009
Relation between tension and eat..
It's Cheesy Cheese.. Now, it's empty..
Kenapa aku kuat makan bila aku tension..Ada sape2 boleh bg jawapan..bila aku tension, aku mula lah beli makanan ringan yg tak berfaedah dan aku mula merosakkan diet aku..arghhhh..tolonggg...tolonglah relief tension aku ni dan bg nasihat cara2 nak hilangkan tabiat makan bila tension aku ni..






.jpg)
%5B1%5D.jpg)






