Showing posts with label surat cinta. Show all posts
Showing posts with label surat cinta. Show all posts

13 Feb 2011

12 FEB 2011 > 1ST ANNIVERSARY


Happy Anniversary to my dearest husband..takleh nak taip panjang2..ikut hati mmg nak tulis mcm2 luahan perasaan aku..Kalau nak citer kisah setahun berkahwin mmg tak abis2 nnt..byk sgt kisah2 indah dalam hidup aku..aku happy sgt2 lepas kawin..lain sgt rasa kehidupan bujang dgn kawin..it is all about caring, understanding and responsibility..Syukur kami laluinyer dengan indah..Tambahan dengan kehadiran cahaya mata kami, buat hidup kami lebih bermakna..Nur Faliha Insyirah, hadiah paling berharga untuk kami berdua untuk anniversary pertama kami..Alhamdulillah..

3 Jun 2009

JAWAPAN PERMOHONAN AKU..HEHEHE

Saudara,

JAWATAN SEBAGAI KEKASIH SETIA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara seperti yang tersebut di atas.

2) Adalah dimaklumkan bahawa dengan ini saudara telahpun diterima untuk menjawat jawatan di atas.

3)Saya telah mendapat nasihat keluarga, rakan-rakan dan doktor peribadi saya, dan mereka juga telah bersetuju bahawa saudara benar-benar layak untuk menjawat jawatan di atas. Dengan satu syarat : saudara berjanji untuk makan ubat dan sembuh cepat dari penyakit angau saudara itu.

4)Sehubungan itu saya juga dengan ini ingin memaklumkan bahawa dengan rasminya saya menaikkan pangkat saudara, sebangai KEKASIH SEJATI MERANGKAP SUAMI & AYAH KEPADA ANAK2 SAYA NANTI berkuat kuasa serta merta. Tapi salam tok kadi dulu ok. Saya harap agar janji saudara untuk menjadi seorang yang romantis, setia, tabah, tidak suka merajuk dan selalu membeli bunga itu akan terus saudara pegang walaupun selepas menjawat jawatan baru yang telah saya tawarkan.

Sekian,

Yang Juga Jatuh Cinta Padamu,

______ya___________

""... riNdU Ku Telah Lama T'ciPtA uNtuKmU...""

SURAT PERMOHONAN AKU

Saudari,

MEMOHON MENJAWAT JAWATAN SEBAGAI KEKASIH SETIA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara seperti yang tersebut di atas.

2) Adalah dimaklumkan bahawa saya adalah salah seorang peminat saudari yang jelitawan lagi budiman, dan saya sudah sekian lama memendam perasaan kasih dan cinta terhadap saudari.

3)Saya telah mendapat nasihat rakan-rakan sepejabat dan doktor peribadi saya dan disahkan sedang menghidapi penyakit angau yang keterlaluan terhadap saudari.

4)Sehubungan itu saya memohon jasa baik saudari agar menimbang permohonan saya untuk menjawat jawatan sebagai kekasih sejati saudari. Saya berjanji akan menjadi seorang kekasih yang romantis, setia, tabah, tidak suka merajuk dan selalu membeli bunga untuk saudari.

5) Perhatian saudari berhubung permohonan ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih dan Aku cinta padamu.

Sekian,

Yang Jatuh Cinta Padamu,


______achair____________
""... riNdU Ku T'ciPtA uNtuKmU...""