28 Aug 2009

TAG

Alamak..aku kena tag la arini..hehehe..to Jezz silalah baca ek sejarah zaman kanak2 ku.. (malu..heheheh)..

:: Zaman Kanak-Kanak ::.

Nama Penuh: Nor iryani bt Alias
Tarikh lahir: 19 March 2009 (eh..silap 1982..heheh)
Tempat lahir: Tapah Perak (kat umah je)
Tempat Anda Dibesarkan: Tapah Perak gak..
1.Siapakah nama kawan rapat anda sewaktu kecil?
Em..lupa la..ramai sgt..Hizan, Azalina, Shahina..ramai lg la..
2. Apakah permainan masa kecil yang anda ingat?
Masak2, pondok2, galah panjang, kawin2..heheheh.
3.Kalau anda bergaduh dengan kawan anda..apakah kata kata yang anda nyatakan pada mereka?
"Balik bgtau mak (acah2 je sebenarnyer)"..pastu balik umah kejap, keluar balik terus baik..hehehhe..
4.Di kawasan manakah yang menjadi tempat faveret anda bermain?
Kat depan rumah, kat kebun jiran (sbb ada anak sungai)..
5.Apakah cita cita anda masa kecil?
Engineer, doktor (dua2 tak jd pun..heheheh)
6.Apakah kartun atau rancangan tv yang andagemari dan masih ingat sampai sekarang?
Suria perkasa hitam (ada lg ke skrg?)
7.Makanan ringan apakah yang akan anda borong di kedai?
Aiskrim lollypop (makanan ringan ke ni?) kadang2 smp abis duit belanja, buat stock kat umah..
8.Nyatakan seorang rakan zaman kanak kanak andayang anda teringin sangat nak jumpa sekarang..
entah lah..mcm takde je..
9.Apakah gelaran anda masa kecik?
Ya (kwn2) Lya (makcik2 pakcik2 jiran2)
10.Nyatakan seberapa banyak rakan bloger anda
yg anda ingin tau zaman kanak kanaknya..
Jezz : Tapi dh baca kt blog dia..hehehhe..em..sape lg ek..nnt pk jap..hehehhe..

26 Aug 2009

MODEL TAK PAYAH BAYAR

Heheheh..hari ni tiba2 je boss aku suruh aku jd model baju kurung utk promosi baju raya butik dia..tgh dok buat keje boss aku mintak tolong..aku ok je..lgpun dlm ofis aku je..tapi aduhai..aku ni dh le tak pernah ada pengalaman berposing2 ni (setakat posing sendiri2 tu biasa la)..Tapi kalau bab nak posing utk advertising ni, aku jd kaku..lantak la..hentam je lah labu..Mr F kata aku nampak mcm indon lak dlm gambar tu (mungkin sbb tudung tu kot)..Yeke? Takpelah, janji aku ikhlas nak membantu boss aku..Kalau nak panggil model profesional sure tak berbaloi dgn harga baju kurung tu yg baru RM30-RM40..hahahha... kalau ada sape2 yg berminat nak beli baju raya, bolehlah mengunjungi blog boss aku di sini.

24 Aug 2009

CAMERON HIGHLAND

Aku dan Diana. Pekana teh tarik.


Mkn aiskrim strawberry time hujan + sejuk giler..

Aritu aku g Cameron Highland dgn kwn2 aku..baru skrg nak upload gambar sbb aritu camera pd kwn aku yg sorang ni la..heheh..Actually plan asalnyer nak jln2 sambil nak ambik2 gambar. Shamz office mate Diana ni mmg photog, so dia nak ambik2 gamabr kat sana utk memantap kan skill dia..Pg tu diaorg bertolak dr KL (entah pukul berapa) dan smp kat umah aku (aku dh ada kat Tapah 1 day before) utk breakfast nasi lemak yg aku masak (sedap tak? ..hehehe..)..Lepas pekana nasi lemak, we all proceed to Cameron ikut jln Tapah - Cameron. They all ni taknak ikut Simpang Pulai sbb nak jln yg mencabar dan nak tgk pemandangan + Air Terjun Lata Iskandar. Nak di jadikan citer, smp je kat Cameron hujan pun turun. Then we all lepak2 kat Tea Shop je..Lepas tu dlm hujan2 tu sempat gak kitaorg shopping kat Kea Farm. Balik dan arrive Tapah (dh gelap time tu) had dinner before proceed to KL (aku smp Tapah je)..
For mor photo on our trip, visit to shamz's blog here.

PROJECT POMANDER BALL KU

Ingin tahu progress projek pomander ball aku? hehehhe..actually aku baru siapkan sikit je..hahahha..balik kampung 2 hari sambut puasa, plan nak bwk balik buat kat kampung, tapi tak jd..luckily aku tak bwk, kalau bwk pun sure tak buat sbb bz dgn kerja2 kat rumah (masak utk berbuka, kemas umah, jln2 shopping, g pasar etc)..hehehhe..tak tau nak citer mcm mana. Layan je lah gamabr2 tu ek. Tp aku rasa mcm give up nak buat plak bila aku rasa mcm byk giler je aku nak kena buat bunga tu (kalau utk 5 small pomander pun nak kena sediakan berkotak2 bunga tu kot)..Hurmmmm..kuatkan semangat, aku mesti buat dan siapkan..hehhehe..Go go go, u can do it!!! Kwn2, tolonglah bg aku semangat nak siapkan ek..hehehhe..


Crepe Paper yang aku beli RM9.50 per roll tu..

Jarum utk cucuk bunga ke styrofoam ball


Crepe paper yg lebih murah cuma 60sen je, tp dapat buat 8 kuntum je

Gunting dan masking tape

Bunga yg sudah siap

**Styrofoam ball je aku belum beli. Takde kesempatan lg lah nak g beli. Mungkin dlm minggu ni lah kot..

**Camera aku dh dipulangkan, so leh la layan blogging balik..huhu..

LASKAR PELANGI

Aku pun actually tak tau apa yg menarik ttg filem ni. Tak silap aku cousin aku pernah bgtau ttg filem ni (masa we all ke Jakarta last May, she bought the vcd). Masa tu aku ada cakap kat dia nnt aku burn je dr dia..hehehhe..Tapi last week masa ke Medan, aku terjumpa la vcd ni, original lg, berharga Rp19000 lebih kurang RM6.84 sen (conversion Rp1juta=RM360). Di dalam nya consist 2 cd. Rumah sewa aku takde vcd player, so sbb kan tak sabar2 sgt nak tgk, aku pun layan la vcd tu kat ofis dgn budak ofis aku. Mmg best la filem ni. No wonder la di anugerahkan beberapa international award. Filem ni mengisahkan tentang anak2 miskin di satu daerah yg kaya di Indonesia yang sama2 ingin mencapai kejayaan hidup dan bersekolah walaupun hidup dlm kekangan ekonomi dek lahir dari keluarga yang miskin. Berjuang mempertahankan sekolah mereka (SD Muhamadiyah) yang agak terpinggir dan daif. Filem ni ada unsur2 kelakar, sedih dan etc. Kalau sape2 yg belum watching tu, g lah cari vcd or dvd nyer(dapatkan yg original sahaja ok, tak tau la ada ket tak kt KL)..Walaupun aku agak ketinggalan sbb filem ni dh keluar thn lepas lg, tp aku pasti korang takkan menyesal tonton filem ni. Kalau ada org yg tak suka dan kata tak best tu tak tau la kan..Terpulang pd individu. Tp pada aku aku bg 5*..hehehhe..

**Kalau nak pinjam kat aku, boleh je, dtg le rumah ek..hehehhe..

Laskar Pelangi (2008) adalah sebuah film garapan sutradara Riri Riza yang dirilis pada 25 September 2008, pada saat libur Lebaran. Film Laskar Pelangi merupakan karya adaptasi dari buku Laskar Pelangi yang ditulis oleh Andrea Hirata. Skenarionya ditulis oleh Salman Aristo yang juga menulis naskah film Ayat-Ayat Cinta dibantu oleh Riri Riza dan Mira Lesmana. Hingga Maret 2009, Laskar Pelangi telah ditonton oleh 4,6 juta orang.[1]
Sang Pemimpi merupakan film kedua yang diadaptasi dari novel karya Andrea Hirata. Mira sendiri tak berani memasang target bahwa film ini harus melampaui prestasi yang telah diraih film Laskar Pelangi, yang telah ditonton oleh 4,6 juta orang. "Kita enggak berani memasang target, karena penonton kita memang sulit ditebak. Tapi, tetap kita akan mencoba berbuat yang terbaik," ujarnya. (EH)
Untuk mencari pemeran tokoh-tokoh anggota Laskar Pelangi,
Riri Riza melakukan casting di daerah Belitung dengan menggunakan pemeran-pemeran lokal dalam pembuatan film. Film ini juga diambil di lokasi yang sama, Pulau Belitung. Film ini memadukan 12 aktor Indonesia yang dikenal dengan kemampuan akting mereka dengan 12 anak-anak Belitung asli yang bertalenta akting.

**Artikel di petik dari sini.

19 Aug 2009

DIY PROJECT - POMANDER BALL


Hari ni masa aku surfing2, aku ternampak la sesuatu yg dh lama aku nk beli, tp bila aku dh tgk, rasa mcm senang je nak buatnyer..hehehhe..so dgn cergas aku pun turun la ke kedai stationary kat area aku ni..aku cari punyer cari, kat kedai tu takde plak benda tu (crepe paper)..Then aku beli masking tape je la (salah satu bahan nak buat jugak)..Pastu aku pun g lah ke kedai jual barang2 utk party..ada tp dlm bentuk roll. Dan harganya ialah RM9.50 utk 1 roll (dlm 8 feet).. wow..aku baca kat internet kertas tu 50sen je 1 piece..lantak la..aku pun beli je la..semangat punyer pasal, aku beli 2, putih dan pink (ikut warna tema big day aku)..Otw aku balik ofis (dgn hati yg girang sbb dh dpt bahan2 nak buat pomander tu), aku lalu la dpn satu kedai stationary yg lain..tergerak hati lak nak masuk..tu dia..aku nampak kertas tu yg berharga 60sen je..tp 1 piece la. bukan jenis roll mcm au beli tu..alamak, nak sedapkan hati aku pun beli la lg 2 warna putih (dlm hati bengang je, dan berkata dlm hati "beli yg roll td lebih untung kot")..hahahah..em..tunngulah hasilnyer nnt baru tau yg mana lebih worth it (bergantung pd bape byk bunga yg aku leh hasilkan)..Aku merungut pasal ni kat Mr F..Apalagi, aku kena ceramah la dgn dia sbb aku ni jenis gelojoh, taknak survey dulu..main hentam je beli..kalau aku bersabar td, mesti tak jd mcm ni..hahahha..Td aku dh test buat dan aku berjaya buat 4 kuntum bunga ros..huhu..makin semangat aku nak buat..nnt dh siap aku tempek gambar kat sini ek..

**Tak leh nak letak gambar, camera aku kwn aku pinjam dan masih belum dipulangkan..

15 Aug 2009

MEDAN


Hari ni aku masih kat Medan. Smlm aku kat Parapat, ptg td aku baru smp kat hotel kat Medan ni. Danau Toba located in Parapat. Approximitely 4 hours drive from Medan. Damn tired!! Eventhough this is my second time been here, tp aku still kena g sana sbb bwk mak aku yg teringin nak tgk Lake Toba (dia tak pernah pergi). Semalam hotel kat Parapat agak hampeh la..Makan pun out..Toilet paling aku elergi..Luckily 1 nite je kat sana..So tonite aku stay at Gardua Plaza Hotel Medan. Nice hotel (even only 3 star)..Em..kat sini actually baru 2120pm..tp aku dh mengantuk sbb td pg aku terbangun pukul 0500 (waktu indonesia) sbb aku tgk jam aku dh pukul 0600 (jam aku kan waktu malaysia..hahhaha)..Esok aku ada agenda full day shopping..heheh..part ni aku paling suka bila trip..huhu..aku sleepy la. Later smbg lg ek (perhaps bila aku dh balik KL nnt)..Tata..

**Aku rindu nak balik KL. Aku rindu Mr F. Hp aku tak roaming + malas nak beli sim card kat sini since 3 hari je kat sini..Esok balik..yahoooooooooo...

13 Aug 2009

BAGAIKAN SAKTI

Aku ni boleh dikatakan peminat M Nasir lah jugak (takde la minat giler)..Tapi aku tak tau kenapa lagu ni aku suka sgt..Menyentuh jiwa gitu..hehhehe..enjoy..(aku tak leh dgr, speaker pc aku rosak lak..hehehhe)..

AIR ASIA vs FIREFLY AIRLINES

VS


Pernah tak kita terfikir, sejak wujudnya Air Asia (that time Firefly takde lagi) orang yg tak pernah naik flight pun afford untuk fly. Zaman dulu (masa aku kecik2 la) when talking about flight, most of us will think that orang yg kaya je yang afford. Ye lah, that time air fare punyer lah mahal (mungkin bagi org kampung g tak berada mcm aku ni lah)..Kalau dulu org yg betul2 berduit je yg mampu nak naik flight..kalau tak, melancong la kat dlm negara je (g Langkawi pun by land je)..Kalau dpt g airport (bila nak hantar abg2 aku g study oversea) rasa mcm "wow" bangga giler..padahal, sampai airport je and kadang2 bayang flight tu pun tak nampak (mungkin leh nampak time otw, tu pun flight yg dh fly, kecik besar burung je..hehehe)..Ingat lagi first time aku naik Malaysia Airlines pun (Langkawi - KUL je), tu pun sbb ada super saver fare (50% from normal fare)..Tapi sekarang orang dh tak hairan..Turun naik flight tu dh mcm biasa..Dulu kalau nak fly oversea tu, sekampung hantar g airport, sekarang, kadang2 family drop kat departure hall je..pastu pandai2 la check in sendiri..takde sape nak lambai2..hehehhe..Bila aku dh kerja dlm bidang ini (travel line), walaupun aku takde la selalu sgt fly and takde la fly jauh mana pun, rasa nak travel tu dh takde excited sgt. Dulu2 kalau nak travel tu, 2-3 hari sblm dh sibuk packing..Skrg kalau nak travel esok, mlm ni baru terhegeh2 nak packing.. Kadang2 bila tau kena outstation, mula la aku rasa tension..org tgk mmg la mcm best, tp hakikatnyer takde la best mana..penat yg lebihnyer..


Sekarang dh sgt2 convinience. Dh ada mcm2 airlines yang murah2 and affordable. Even 5* airlines pun ada offer specal fare. aku taknak la citer ttg Airlines2 yg canggih2 n mahal2 (Emirates, Etihad, Singapore Airline, Malaysia Airline etc). Kita citer pasal yg murah2 je sudah, yg semua org afford kan. Sbb low cost carrier kat MAlaysia ni pun dh bagus. Dh dpt pengiktirafan international level pun. 2 low cost carrier kat Malaysia ni, Air Asia (AK) dan Firefly (FY) masing2 berlumba2 untuk memberikan yang terbaik untuk pelanggan masing2. Antara 2 ni, aku pun tak dpt nak katakan yg mana terbaik or lebih baik..sbb masing2 ada pro n con nyer, depend pada pendapat masing2. Let me show you what i feel about these 2 airlines through my pass experience:


1. Fare:

Dua2 pun ada offer tambang murah. For early bird booking, we can get fare as cheaper as from RM1 (subject to terms and conditions) kadang2 ada yg offer zero fare.

2. Waive / reduce of surcharge, tax & fee

Ini yang selalu buat aku pening. Kejap naik, kejap turun.

3. Meals on board

Kalau AK, kita boleh beli makanan ikut kegemaran kita (they serve various choice of meals)- Harga meals tidak termasuk di dalam air fare. For FY, we will served with snack & refreshment (time aku naik aritu dia bg fresh orange & muffin) - include dlm air fare.

4. Lokasi Airport

Ini jugak memainkan peranan penting (pada aku la)..Jarak tmpt tinggal dgn airport pun perlu diambil kira. Kalau terlalu jauh, masa perlu diperuntukan untuk perjalanan ke airport je (tak masuk lg kena check sblm kaunter tutup)..so lebih kurang at least 3 jam smlm dh kena depart dr rumah (kalau jarak rumah dgn airport less than 1 hours. Tapi kalau airport tu belakang rumah je, kan ke senang..hehhehe (ada ke rumah belakang airport je?) ..antara LCCT dan Terminal 3 Subang, aku bg kredit kat Terminal 3 la..sbb dkt dgn rumah aku..heheheh..Pastu kalau aku naik cab ke airport pun cost tak lebih dr RM20 (kalau driver tu guna meter la). Kalau ke LCCT mungkin lebih dr RM50 kot. Tp kalau nak jimat boleh la naik bas dr KL Sentral, tp pastikan bertolak awal mungkin 4-5 jam sblm (mana la nak tau kot2 jem ke, bas takde ke, bas mogok ke, apa2 ke kan)..


5. Cabin Crew

Ada sesetengah orang sangat concern ttg ini. Tp pd aku, aku tak kisah. Janji aku selamat sampai. Sbb ada sesetengah org yg regret dgn sikap sesetengah cabin crew yg agak berlagak giler & memilih kasih - layan foreigner baik gilerrr, malaysian dia buat dekkk je (aku tak pernah kena lg la, so far semua steward / stewardes baik2 and vouge2 semua)..


Banyak lg sebenarnye, tapi buat masa skrg tu je yg aku sempat nak taip. Sbb esok aku cuti, so aku nak smbg buat kerja. Nanti tak siap, cuti pun tak tenteram..heheheh..Oklah..Later bila idea dtg mencurah2 and aku free, aku smbg lg ye.

For more details log on to Firefly and Air Asia

12 Aug 2009

TRIP + CUTI + SPENDING

Em..Bila sebut pasal trip, sure byk perkara yang bermain kat fikiran. First of all, bila nak g trip, sure kena ambik cuti (kalau involve working days). Walaupun aku ni kerja yg jenis susah nak cuti (+2 staff left recently, tinggal aku sorang je senior staff), luckily boss aku approved the cuti since aku dh 3 bulan tak ambik cuti..Balas dendam punyer pasal, 2 hari aku applied..hahahah...Then sudah pastinya kalau go for trip ni, sure nak kena spend money..zaman sekarang mana ada benda yang tak pakai duit ye tak? Nak masuk toilet pun kena pakai duit (ada yg smp RM2, tp janji selesa & bersih, i don't mind to pay..) Em, since lagi 2 hari aku nak fly to Medan (for the 2nd time), smlm aku dh g tukar duit kat money changer. Terkejut gak la..Rupiah yang makin hari makin stable (makin naik)..Sama ada ringgit yang dh jatuh atau apa aku tak pasti..Last time aku g Medan (end last year kot, dh lama la)..Time tu 1juta = RM300 je..dan kali terakhir aku g Indonesia (Bali on April and Jakarta on May after my engagement), time tu 1 juta = RM330+ kot..As per yesterday currency dh up to 1juta = RM360..em..for me mmg byk bezanyer..Dan agak terasa jugak la (sebab dh mengurangkan duit shopping aku..hehehe)..Em, walaupun niat ke Medan kali ni hanyalah utk bwk mak & makcik aku jalan2 (since they all tak pernah g Lake Toba), tp sure agenda shopping tu ttp ada, especially when involve with my mum & my aunty tu (both of them ni suka sgttt shopping)..

1,000,000.00 IDR = 354.6115 MYR
1 IDR = 0.000354612 MYR
1 MYR = 2,819.99 IDR
Converter get from here
**The currency exchange may be vary. Normally money changer mahal skit dr convertion kat internet ni but at the banks normally are the most expensive.