16 Jun 2010

OH DIRIKU DILANDA KEMALASAN

**gambar dr Mr Google

Aduh..apakah ini symptom2 yang melanda semua ibu2 mengandung? atau aku je yg melebih2 kan rasa itu..fuh..perasaan malas tu cukup kental skrg..nak masak, nak basuh baju n kemas rumah dan segala2 kerja lah..dulu pantang tgk rumah sepah skit, pasti beres..masak jgn cakap la..hari2 ada je idea yg ku copy dr internet utk dimasak mlm hari buat tersayang..tp skrg, adoi..kalau Mr F tak offer nak tapau, baru la aku gagahkan diri utk masak..dan selalunyer dia akan offer utk tapau..thanks sayang sbb memahami keadaan saya..dlm entry lepas aku ada citer aku bwk pulang ke rumah mak aku berbakul baju yg tak dibasuh..fuh..smlm dh penuh balik bakul baju kotor..biasa la..berdua kan..cepat aje lah penuhnyer..dlm keadaan skrg, mood nak membasuh tu mmg lah jauh entah dimana..tp aku konon2 gagahkan diri nak membasuh..smlm Mr F request aku masak Lala Oyster with egg..1 lauk je yg aku mampu masak ok..mmg tak larat..namun aku gagahkan jugak..buat2 kuat..sbb taknak manjakan sangat diri ni..nnt jd malas terus sepanjang preggy ni..tgh aku sibuk masak kat dapur, aku tergerak nak masuk bilik cari Mr F (sbb dia senyap je)..tgk2 dia tgh sort baju2 dlm bakul utk basuh..terharu sungguh aku..aku pun dgn rasa bersalah, offer nak tolong angkat kan baju tu ke washing machine..tp dia tak bg..dan spt biasa..mlm smlm aku tido awal kepenatan..jam 1230tgh mlm Mr F masih belum tido..aku terjaga, dia sedang mengiron baju kerja kami utk esok hari..pandai dia pilihkan kemeja aku untuk dipakai pergi kerja..thanks sayang..saya sangat hargai apa yg abg buat..kalau nak tau, dh beberapa lama aku tak iron baju g keje..dia lah yg buat semuanya..aku harap aku akan cepat kuat agar boleh buat tugas2 seorang isteri spt sediakala..Pagi td aku bgn, ku jenguk ke ampaian, aku tgk baju2 kami tersidai rapi..aku jd sayu..aku tau ramai suami2 diluar sana pun rajin2 malah ada yg lebih rajin dr suami ku..tp aku ttp bangga dgn apa yg dia buat..Thanks sayang..sbb byk membantu saya dlm keadaan ini..abg sangat memahami saya..dan ini bukanlah kali pertama dia basuhkan baju2 kami..sayang..i heart u so much...xoxoxox...

PENGANTIN BASI

Ini bukan entry untuk citer ttg pengantin lama yg dh basi ni..tapi saje2 nak buat post mortem ttg majlis perkahwinan ku..nak tgk impian yg aku tulis dlm blog, terlaksana tak di hari majlis tersebut..ingat tak entry ini..berangan konon2 nak buat bunga tangan sendiri..Selepas menempuh pelbagai rintangan (cewah!!!), kisah bunga yg diorder (sila rujuk entry ini)..akhirnya, inilah hasil bunga tanganku..aku buat sendiri ke tiga2 bunga tangan aku. 1 utk majlis nikah, 1 reception, 1 bertandang..simple je..tp aku puas hati sbb ia adalah hasil keras tangan aku sendiri..bukankah itu berbaloi..mari kita lihat hasilnyer..

**Yang ini untuk majlis resepsi. Baju aku pink + cream, so aku pilih pink roses as bunga tangan.Aku pun tak ingat bape kuntum roses aku guna. Yg hijau tu daun pandan (aku suruh abg aku ambikkan kt depan rumah)..

**Yang ini untuk majlis bertandang. Aku mengenakan busana hijau. So aku pilih bunga tangan warna kuning.

Untuk majlis akad nikah, akan diupload nnt kerana takde pulak dlm pc ni. Semua dlm external kat rumah.

15 Jun 2010

KURMA

Ada kawan2 yg bgtau yg kurma elok utk pregnancy. Tp actually mmg dh diketahui umum kurma mmg byk khasiat..Aku saje la google pasal kurma. Blm start mkn lg, sbb blm g cari lg..insyaallah kalau hari ahad ni aku ke Stadium Shah Alam (pasar ahad) aku beli. Nak amalkan makan kurma.



KURMA

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

FAKTA MENARIK TENTANG KURMA :

KESIHATAN

a. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis
Berdasarkan kajian Prof Madya Asiah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001)

b. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan
Prof Madya Asiah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

c. Membunuh Kuman Dalam Badan
Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

KECERDASAN & KECERGASAN

a.Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbersaran
Menurut Prof Madya Asiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

b.Tenaga Segera
Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26.
“Dan goyanglah pangkal pohon kurma tu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.”

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam(Mary) memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa (Jesus Christ) a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

KEPERIBADIAN

a. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.” :)

“Melentur buluh biar dari rebungnya.” Ini tidak bermaksud kita hanya akan mendidik anak kita semasa mereka masih kecil tetapi Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadis ini dalam majalah Mingguan Wanita.

KEBERKATAN

a. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.” Inilah yang dinamakan Tahnik
atau meletakkan manisan pada mulut bayi.

b. Makanan Yang Paling Sempurna
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”
Dengan sebab itulah Prof Madya Asiah menyatakan lagi ” pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian.”

Sumber : Blog Usahawan HPA

MY BFF WEDDING

Cuti sekolah menjelma.Mulalah jadualku penuh dgn jemputan2 majlis perkahwinan..tp dlm keadaan begini, tak semua aku penuhi..majlis2 terpilih je yg aku dpt attend. Last weekend aku ke majlis perkahwinan kawan aku Bad (course/class mate UITM, housemate, ex-officemate)..her husband pun aku kenal jugak.kwn sama2 melepak di zaman bujang dulu..hehehhe..majlis berlangsung di Senawang.

**Abaikan muka aku yg berkilat akibat hormon kulit berminyak yg melampau sejak 7 minggu lalu..hehehhe..

Balik dr Senawang, bergegas pulak ke Bangsar. Wedding Faizal & Noraini. Smp agak lewat. Kira2 jam 3.30 ptg..kala itu tetamu dh tak ramai..



**Mr F tiada dlm gambar sbb jd photographer


After wedding Faizal, aku n Mr F terus balik kampung sbb esoknyer ada wedding kwn Mr F di kampung pulak..fuh..penat sungguh..sampai terdemam2 aku..

**Sorry kepada kwn2 yg request nak tgk gambar di majlis Bad..takde mood nak upload gambar. Later aku upload lg okeh.

MY FAV FOOD

Makanan / minuman yg aku suke tp skrg jd tak suka:

1. Fresh milk (plain), chocolate flavour, strawberry atau apa saje lah..name it..sume aku minum..even time lunch or dinner pun aku leh mkn nasik dgn minum susu tau. Tp skrg, teringat kotak susu tu pun aku dh loya.
2. Laksa. Kalau aku masak laksa, paling sikit 3 mangkuk aku mkn. kalau beli kat kedai, smp abis kuah aku hirup. Tp smlm SIl aku masak laksa punyerlah sedap. Nak abiskan semangkuk kecik (mangkuk 4inch diameter) pun tak mampu..
3. Nasi putih. ini makanan harian ni..terbayang / terfikir pun dh tak boleh tau..mcm mana tu.
4. Lauk pauk, ikan masak sambal, ayam masak merah, kari, gulai lemak, kurma. Tgh taip ni pun aku dh loya. Dulu semua aku bedal.
5. Gulai nangka. Yummy. kalau mak aku masak, makan lak ngan sambal belacan + ikan kering..tak tambah nasik tak sah. Tp last sunday, g kenduri kawin kat kampung, ada gulai nangka, pandang pun tak lalu.
6. Tomyam. 2-3 hari yg lepas aku giler mkn tomyam (tu je aku leh telan). Tp minggu ni dh loya lak pk tomyam.

Mr F tiap2 hari akan tanya aku teringin mkn apa. Just name it. Dia sedia carikan. Tp masalahnyer, takde apa yg aku teringin. Yang tak ingin banyak lah. adoi.

Aku dh tak tau lg mcm mana nak cari apa food yang aku boleh telan.Sian kat baby kalau aku tak mkn. Even aku sendiri pun dh tak ada tenanga. hari2 dok telan air oren. tu je yg tekak aku leh terima. Td pagi aku beli roti, sikit pun aku tak jamah. Kelmarin aku g 2 wedding, kedua2 rumah aku tak mkn pun.minum air je.padahal dia punyer lauk punyerlah (nampak) sedap. Hope keadaan ni cepat berakhir. Sape2 ada idea, apa food yang patut aku try please drp comment ek. Thanks.

14 Jun 2010

NO APETITE

Hari ni SIL masak laksa..fuh..my fav tu..tp aku takde selera nak mkn..tekak aku pahit..nak telan sikit pun tak mampu..sbbkan teringin sgt, aku ambik lah jugak semangkuk kecik nak rasa..sedap..tp takleh nak telan..takde selera walaupun perut aku tersangatlah lapar sbb dr smlm aku tak mkn langsung..adoi..letih jugak mcm ni..Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk hadapi keadaan ni..Mak aku call dr kampung..remind aku makan even sikit pun..dia kata kena paksa jugak mkn..tp aku mmg tak boleh..bukan aku tak cuba..aku tak mampu nak lawan..Tolonglah bg aku idea mcm mana nak kembalikan selera mkn or apa patut aku mkn dikala waktu ini sbb nasik mmg aku takleh pandang dah..aku cuma boleh mkn tomyam (tu pun 2-3 hari ni tomyam tekak aku dh reject)..apa yg aku bleh mkn lg..aritu konon2 beli susu anmum..tp 3 hari je kot aku minum..lepas dr itu, bayangkan susu tu pun aku dh nak termuntah..and even susu segar yg lain (sedangkan sblm ni aku mmg peminat tegar segala jenis susu termasuk yg plain)..skrg tak kira la susu tu sejuk ke hape ke, aku dh tak lalu..aku takut aku takde zat je sbb waktu2 mcm ni aku perlukan byk zat n vitamin..tp dr mana aku nk dpt sume tu kalau mkn pun tak lalu..aku cuma mampu minum fruit juice je..hope keadaan ni cepat reda sbb aku nak kembali cergas mcm dulu..mkn whatever i like..

SWING MOOD

Hari ni aku mc..sbb aku demam + sengal2 badan..mungkin sbb terlalu penat kerana dh beberapa minggu berturut tak rehat..ada je aktiviti hujung minggu yang aku buat..Dan boleh dikatakan sudah beberapa ketika (berminggu kot) aku kurang tenaga..mudah kepenatan, tak bermaya, dan gejala2 lain yg membuatkan aku tak berdaya nak buat kerja2 rumah..baju dh 2 minggu tak basuh..penuh berbakul2..finally aku bwk balik kg semalam..basuh kat kg (mesin basuh rumah aku manual, so memerlukan masa n tenaga nak membasuh)..kat kg, auto, sekali masuk tgg siap je..lega bila sume baju yg dh bertangguh tak basuh tu siap dibasuh..aku n Mr F tolong sidai dan mak aku yg angkatkan dr ampaian n tolong lipatkan..thanks mak..sbb faham keadaan anak mak ni..sejak kebelakangan ni, aku dh jarang masak, especially breakfast..paling tidak pun aku cuma sempat buatkan air utk Mr F..Sorry yr sayang..dan yg paling teruk, baju nak g keje pun Mr F yg ironkan..kesian sayang..hope keadaan ni tak lama dan akan kembali spt sedia kala agar aku boleh menjalankan tanggungjawab aku sbg isteri..Sayang, saya mintak maaf..saya harap abg faham..saya tak mintak semua ni..gtp demi kebaikan kita bersama, doakan saya cepat kuat mcm dulu balik ok..aku ada terbaca kat internet, biasanya minggu ke 12 nnt baru keadaan akan pulih dan kembali normal..nampaknyer aku ada 5 minggu lg utk lalui semua ni..hope aku kuat..thanks to Mr F sbb sangat memehami n jaga aku dgn penuh kasih sayang.. I love u sayang.. :)

9 Jun 2010

PERUBAHAN SEMASA

After 3 months 4 weeks kawin, aku dapat rasakan perubahan pd diri aku..aku dh makin sehattttt aka gemuk..adoi..dulu sblm kawin, tak diet, tp berat turun tak sengaja sbb penat keje..Tp skrg even aku penat keje siang dan mlm pun, nape badan aku makin hari makin naik..orang kata lepas kawin hati senang..mungkin lah kot..my sis in law pun ada tegur yg muka aku makin bulat aka tembam..huh..risaunyer..kena diet ke mcm ni? kena kena kena..

**Aku yg kerempeng masa kawin 3 bulan lalu..


**Kini berwajah baru..berat tak tau bape sbb tak sanggup nak terima hakikat bila tau berat bertambah..hahhaha..

MAKAN2 WITH FAMILY

Last 2 weeks (Jumaat sempana cuti wesak day) abg2 ipar n family dtg mkn2 kat rumah..So aku masak untuk lunch. Menu hari itu ialah ayam percik, sayur campur + udang cream cheese, ikan masak taucu, kerabu mangga, telur dadar, buah2an dan air tea longan (Mr F yg buat air)..




TEAM BAJU KUNING

Ini last 2 weeks punyer citer..aku ke Putrajay melawat akak aku n anak2 nyer..sbb dh rindu sgt kat budak2 nakal tu..

**Aliff Hafeez, Affifah Irdeena, Affiq Haqeem, Affif Hilmie